KOMPAS
Kompas merupakan peralatan yang penting untuk setiap
pengembaraan. Ia merupakan bantuan yang tidak ternilai pentingnya bagi navigasi
dalam keadaan-keadaan terburuk.
- Bahagian-bahagian di dalam setiap kompas.
Sebuah kompas perlu
kejab. (compact), lasak, ringan dan mudah dikendalikan. Jarum kompas perlu
mengimbang balik sekiranya kompas tersebut berpusing. Untuk itu jarum tersebut
perlu berada di dalam tabung cecair. Kompas juga perlu mendapat satu tanda yang
senang untuk satu laluan perjalanan.
- Mata Pedoman Kompas.
- Utara, selatan. Timur dan barat adalah tanda mata pedoman yang penting pada kompas. Ada lagi dua belas mata pedoman di antara mata-mata pedoman yang penting ini, umpanya Barat Daya. Kesemua sekali ada enam belas mata pedoman.
- Untuk lebih tepat lagi, satu bulatan ddibahagikan kepada 360o . Keempat-empat tanda pedoman yang penting adalah 900 (timur), 180o (selatan), 270o (barat) dan 360o (utara).
- Bering
Bering memberikan
tanda arah yang tepat dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Bering adalah
sudut yang diukur mrngikut perjalanan arah jam, dari satu garisan dengan
garisan yang ditetapkan. Garisan yang ditetapkan selalunya adlah utara, melainkan
garisan lain diberikan.
- Utara sebenar, Megnetik dan Grid
- Ada tiga jenis utara.
- Utara Sebenar - Arah ke Khutub Utara
- Utara Megnetik - Arah yang ditunjukkan oleh megnet.
- Utara grid - Arah utara selatan garisan grid.
- Selagi utara sebenar atau megnetik tidak ditetapkan dengan bering, bering yang dipakai ialah bering grid.
- Sudut yang terdapat diantara utara megnetik dan utara Sebenar di mana tempat sekali pun adalah perubahan megnetik untuk tempat itu.
- Khutub megnetik berubah sedikit setiap tahun, jadi sedikit perubahan kepada utara megnetik dan perubahan mengetik terjadi pada setiap tahun. Maklumat yang penuh diberikan di dalam maklumat ditepi peta, bagi semua peta topografi. Untuk semua peta semenanjung Malaysia, perubahan megnetik tahunan adalah terlalu kecil, dengan itu tidak perlu dibuat perubahan pada bering dari megnetik ke bering grid.
- Bering Belakang.
- Bering ke belakang memberi arah dari tempat yang anda lihat ke tempat anda sekarang. Bering kebelakang di ambil dari dua tempat atau lebih untuk mencari kedudukan.
- Pilih dua kedudukan atau lebih yang anda daapat lihat di atas tanah dan tentukan kedudukan, tempat di atas peta. Kedudukan ini mestilah jauh antara satu sama lain untuk mendapatkan sudut siku apabila bering belakang dilukiskan di atas peta. Ambil bering kedudukan-kedudukan itu dan ubahkan ke bering belakang. Caranya adalah seperti berikut:-
- Jika bering ke satu kedudukan itu kurang dari 180o, tambah 180o.
- Jika bering ke satu kedudukan itu lebih dari 180o , tolak 180o
- Ubahkan bering belakang dari bering megnetik ke bering grid (ini tidak perlu di Malaysia).
- Setiap bering kurang dari 180o di campur 180o .
- Bering belakang 120o = 120o + 180o
- Setiap bering melebihi 180o ditolak 180o
6. Menggunakan Tiga Kedudukan Yang Diketahui
Sebagai satu
perlindungan dari berlakunya kesilapan, kedua-dua cara boleh menggunakan tiga
cara panduan berbanding dengan dua. Apabila ini sudah dilakukan, kemungkinan
ketiga-tiga bering ini tidak akan bertemu tepat pada satu tempat. Kemungkinan
akan terjadi satu tiga segi yang kecil ditempat interseksyen tadi. Jika tiga
segi kecil, bolehlah diambil tengah-tengah tiga segi tadi sebagai kedududkan
yang dikehendaki. Jika tiga segi tadi besar, kemungkinan kesalahan telah
berlaku, Bering-bering perlu diperiksa semula.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar